Skip to main content
JAPEN laksana inisiatif patriotisme sepanjang tahun – Fahmi

JAPEN laksana inisiatif patriotisme sepanjang tahun – Fahmi

Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah melaksanakan inisiatif Patriotisme Sepanjang Tahun yang bertujuan memupuk dan membudayakan semangat kecintaan terhadap tanah air melalui pelbagai aktiviti yang berterusan, inklusif serta dekat dengan kehidupan rakyat.