Peratus keluar mengundi cecah 26.43% setakat 11 pagi, atasi PRN lalu - Pengerusi SPR
Sebanyak 26.43 peratus atau kira-kira 709,000 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat jam 11 pagi, sekali gus mengatasi kadar 21 peratus yang direkodkan pada waktu sama dalam PRN sebelum ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun.
Beliau berharap momentum itu dapat dikekalkan hingga pusat mengundi ditutup petang ini, meskipun hujan di beberapa kawasan berpotensi menjejaskan pergerakan pengundi.