Polis tumpaskan sindiket edar katrij vape disyaki mengandungi dadah ke negara jiran
Polis menumpaskan sindiket pengedaran katrij vape, yang disyaki mengandungi cecair dadah, ke negara jiran menerusi Ops Pijat dengan penahanan lapan warga asing serta rampasan dadah bernilai RM152,400 dalam dua siri serbuan di sekitar Meru dan Kajang, Selangor pada 1 Julai lepas.