Polis tahan lelaki muat naik hantaran 3R di media sosial
Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Isnin menahan seorang lelaki yang disyaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan serta menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja atau 3R di aplikasi Threads.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan jam 1 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban bagi membantu siasatan.