Skip to main content
Pertumbuhan ekonomi negara lebih tinggi berbanding unjuran awal - PM

Pertumbuhan ekonomi negara lebih tinggi berbanding unjuran awal - PM

Ekonomi negara terus menunjukkan daya tahan memberangsangkan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan kenaikan harga minyak dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertumbuhan ekonomi negara pada 2025 serta suku pertama tahun ini merekodkan prestasi lebih tinggi daripada unjuran awal kerajaan.