Mojoku Hilang hidupkan semula nilai semangat komuniti
Pengarah Mojoku Hilang, Min Lim berkata filem itu diinspirasikan daripada tema kepercayaan, pengorbanan dan semangat kemasyarakatan. Pelakon Gambit Saifullah pula menyifatkan nilai-nilai tersebut sebagai identiti masyarakat Malaysia yang wajar terus dihidupkan dalam karya moden.