Jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort, Sabah meningkat kepada 258 orang daripada 89 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat jam 8 pagi Rabu, berbanding 66 mangsa daripada 24 KIR yang direkodkan pada malam Selasa. Peningkatan itu dimaklumkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah susulan keadaan banjir yang terus menjejaskan penduduk di kawasan terlibat.