Lebih 170,000 penduduk terjejas akibat banjir di timur laut India – Laporan
Lebih 170,000 penduduk di negeri Assam, timur laut India terjejas akibat banjir susulan hujan monsun yang berterusan. Beberapa sungai dilaporkan melepasi paras bahaya, menyebabkan kerosakan kediaman, kerugian pertanian serta gangguan perkhidmatan kereta api.