Bagi memperluaskan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam kalangan rakyat, YTL AI Labs menjalinkan kerjasama strategik dengan YES menerusi ILMUchat, pembantu AI multimodal tempatan yang direka khusus untuk memahami bahasa, budaya dan konteks kehidupan di Malaysia.