Empat nyawa terkorban dalam nahas 13 kenderaan di LPT
Empat penunggang motosikal maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Kuantan. Nahas awal pagi itu dipercayai berlaku selepas sebuah motosikal melanggar bahagian belakang kereta sebelum mencetuskan perlanggaran berantai.