Skip to main content
#AWANIByte: HUAWEI Pura 90S Series hadir dengan kamera 200MP dan ciri AI

#AWANIByte: HUAWEI Pura 90S Series hadir dengan kamera 200MP dan ciri AI

HUAWEI memperkenalkan HUAWEI Pura 90s Series dengan peningkatan teknologi pengimejan, kecerdasan buatan (AI) dan ketersambungan untuk gaya hidup digital masa kini.

Tampil dalam dua varian iaitu Pura 90s Pro Max dan Pura 90s Pro, siri ini menampilkan sistem kamera dipertingkat termasuk kamera telefoto 200MP dengan zum optikal 4 kali pada varian Pro Max.

Dilengkapi ciri AI seperti AI Composition, AI De-Glare, AI Remove, AI Move dan AI Best Expression, pengguna boleh menghasilkan gambar lebih kemas dan semula jadi.

Turut diperkenalkan, HUAWEI FreeClip 2 S dan HUAWEI MatePad Air bagi melengkapkan ekosistem peranti pintar HUAWEI.

HUAWEI Pura 90s Series kini boleh dipra-tempah bermula RM3,699 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,076.

@huaweimobilemy

#HUAWEIPura90S
#HUAWEI
#HuaweiLaunch