Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Guru buat semua pendidik
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Menerusi satu hantaran di media sosial, Seri Paduka Baginda berdua merakamkan penghargaan atas jasa, pengorbanan serta dedikasi para guru dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak. Baginda turut menzahirkan harapan agar kebajikan guru terus diperkasa demi memastikan bidang perguruan kekal dihormati.