LONDON: Penyanyi pop antarabangsa Dua Lipa dilaporkan berkahwin dengan pelakon Callum Turner dalam satu majlis tertutup di London, pada Ahad.
Menurut laporan media antarabangsa, pasangan itu melangsungkan perkahwinan sivil secara sederhana di Old Marylebone Town Hall dengan kehadiran keluarga terdekat dan rakan karib.
Gambar yang tular di media sosial menunjukkan Dua Lipa, 30, mengenakan busana berwarna cerah, manakala Turner, 36, tampil dengan sut gelap.
Laporan media turut menyebut pasangan itu dilihat meninggalkan lokasi majlis dalam suasana santai bersama tetamu.
Difahamkan, majlis ringkas tersebut dijangka diikuti dengan sambutan perkahwinan berskala lebih besar di Sicily, Itali dalam masa terdekat.
Dua Lipa dan Turner mula menjalin hubungan sejak Januari 2024 sebelum mengumumkan pertunangan pada Jun 2025.
Setakat ini, wakil kedua-dua selebriti itu belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung laporan perkahwinan tersebut.