Skip to main content

Bisnes

Belanja sambil kejar impian, Irama Dining tawar pakej umrah atau percutian ke Korea

Irama Dining Group
Irama Dining Group melancarkan Kempen "Belanja & Menang”, pelanggan berpeluang memenangi pilihan sama ada pakej umrah untuk dua orang atau percutian ke Korea untuk dua orang. - Foto IDG

KUALA LUMPUR: Menikmati hidangan bersama insan tersayang kini hadir dengan ganjaran lebih bermakna apabila Irama Dining Group (IDG) melancarkan kempen Belanja & Menang, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai membawa pulang hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang atau percutian ke Korea untuk dua orang.

Berlangsung dari 1 Julai hingga 30 September 2026, kempen penghargaan pelanggan itu merupakan sebahagian daripada komitmen IDG dalam menghargai sokongan pelanggan setia sambil menjadikan setiap kunjungan ke restorannya lebih bermakna.

Menerusi pertandingan tersebut, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM150 dalam satu resit di mana-mana restoran Irama Dining Group yang mengambil bahagian untuk menerima satu penyertaan. Penyertaan berganda turut dibenarkan melalui beberapa resit yang memenuhi syarat.

Pemenang hadiah utama berpeluang memilih sama ada pakej umrah untuk dua orang atau percutian ke Korea untuk dua orang, sekali gus merealisasikan impian percutian mengikut pilihan masing-masing.

Kempen Belanja & Menang melibatkan tujuh restoran di bawah Irama Dining Group iaitu Irama Dining Kuala Lumpur, IRAMA Signature Putrajaya, Irama Dining Penang, The Tamarra, Lagenda Café, Sutera Restaurant dan Alunan Rasa.

Menurut IDG, inisiatif itu diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa memilih restoran kumpulan berkenaan untuk meraikan pelbagai detik istimewa bersama keluarga, rakan-rakan mahupun rakan sekerja.

Pemenang kempen akan diumumkan pada 1 Oktober 2026 menerusi platform rasmi Facebook, Instagram dan TikTok milik Irama Dining Group.

Selain peluang memenangi hadiah menarik, setiap restoran di bawah IDG turut mengetengahkan keunikan sajian Malaysia yang menggabungkan resipi warisan dengan sentuhan moden.

Image
Irama Dining Group
Irama Dining Kuala Lumpur, Old Malaya Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. - Foto IDG

Di Irama Dining Kuala Lumpur yang terletak di kawasan bersejarah Old Malaya dengan latar belakang ikonik Menara Kuala Lumpur, pengunjung disajikan pelbagai menu Melayu yang diinspirasikan daripada resipi tradisional, namun dipersembahkan dengan gaya lebih kontemporari dalam suasana elegan dan selesa.

Antara hidangan yang menjadi pilihan ramai ialah Ikan Pais Barramundi, Udang Masak Lemak, Sotong Sambal Hijau Petai, Spaghetti Carbonara Daging Dendeng serta Kurma Lamb Shank yang terkenal dengan keenakan rasanya.

Sementara itu, IRAMA Signature Putrajaya yang terletak di IOI City Mall menghimpunkan 199 hidangan terlaris daripada lapan jenama di bawah Irama Dining Group dalam satu destinasi.

Image
Irama Dining Group
IRAMA Signature, GE 11 Symphony Walk, IOI City Mall Putrajaya. - Foto IDG

Restoran utama kumpulan itu bukan sekadar menawarkan pelbagai pilihan menu, malah meraikan kekayaan warisan masakan Malaysia menerusi gabungan resipi tradisional dan pendekatan moden.

Konsep hidangan secara berkongsi atau sajian individu yang ditawarkan turut memenuhi keperluan pelbagai lapisan pelanggan, sama ada untuk makan bersama keluarga, urusan perniagaan mahupun santapan santai.

Melalui kempen Belanja & Menang, Irama Dining Group bukan sahaja mengajak orang ramai menikmati hidangan istimewa di rangkaian restorannya, malah memberi peluang kepada mereka membawa pulang pengalaman yang mungkin menjadi kenangan terbaik seumur hidup.

Must Watch Video

Advertisement