Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Julai 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Julai 2026.

  1. Kerugian penipuan dalam talian cecah RM3.8 bilion sejak 2025

    Sebanyak 95,638 kes jenayah penipuan dalam talian direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 2025 hingga Mei tahun ini, membabitkan kerugian keseluruhan mencecah RM3.8 bilion.

  2. Empat ADUN DAP duduk di blok pembangkang, kedudukan Adly Zahari cetus tanda tanya

    Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini menyaksikan perubahan ketara dalam susun atur tempat duduk apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP secara rasmi mengambil tempat di blok pembangkang, sehari selepas Pakatan Harapan (PH) Melaka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

  3. Lotus's Malaysia mohon maaf susulan insiden wanita hamil didakwa mencuri

    Lotus’s Malaysia mengesahkan telah mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan yang terbabit susulan insiden seorang pelanggan berumur 23 tahun yang merupakan wanita hamil didakwa dituduh mencuri di sebuah cawangan pasar raya Lotus's di Selangor, pada 12 Julai lalu.

  4. Kerajaan kaji keperluan wujudkan stok simpanan petroleum negara - PM Anwar

    Kerajaan akan mengkaji keperluan dan strategi untuk mewujudkan stok simpanan petroleum negara bagi menjamin keterjaminan tenaga serta memperkukuh daya tahan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan krisis bekalan global.

  5. Jana Wibawa: RM24.4 juta dibayar kepada syarikat kejuruteraan bagi projek bina jalan 

    Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa wang berjumlah RM24.4 juta telah dibayar kepada sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan bagi Projek Membina Jalan Baru Menyambung Felda Bukit Jalor Ke Gemas.

  6. Jakim sahkan surat tular berkaitan pengiktirafan urusan pernikahan adalah palsu

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan rujukan surat yang tular menerusi media sosial, kononnya membuktikan pengiktirafan jabatan itu terhadap sebuah pertubuhan bagi menguruskan urusan pernikahan adalah palsu.

  7. Pendengaran permohonan kebenaran merayu keluarga Altantuya dijadualkan semula pada 27 Okt

    Mahkamah Persekutuan telah menjadualkan semula pendengaran permohonan keluarga Altantuya Shaariibuu bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengurangkan jumlah ganti rugi dalam saman mereka berhubung kematian model warga Mongolia itu pada 2006, kepada 27 Okt ini.

  8. Jika ada rakyat Israel di Network School, mereka akan diusir segera - PM Anwar

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mana-mana rakyat Israel yang dikesan berada di negara ini akan diusir serta-merta kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara berkenaan.

  9. PRN Negeri Sembilan: Bersama umum tidak bertanding, tumpu PRN Melaka

    Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengesahkan tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri Sembilan ke-16 (PRN16) bagi memberi sepenuh tumpuan kepada persiapan menghadapi PRN Melaka.

  10. PRN Negeri Sembilan: BN masuk ‘mod perang’, berkempen seperti antara hidup dan mati - Tok Mat

    Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan secara rasmi memasuki ‘mod perang’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dengan jentera parti diarahkan bersiap siaga berkempen dengan penuh disiplin dan semangat berpasukan.
     

Must Watch Video

Advertisement