Skip to main content

Teknologi

YouTube perkenal Ask YouTube, carian video berasaskan AI

Sumber: AMANZ
Seperti fungsi carian Google Search yang kini dikuasakan model AI, Ask YouTube dibangunkan untuk membantu pengguna mencari kandungan video dengan lebih tepat dan pantas. -Foto Amanz

SAN FRANCISCO: Platform penstriman video YouTube hari ini mengumumkan pelancaran ciri carian pintar baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) dikenali sebagai Ask YouTube.

Langkah itu diambil bagi mendepani perubahan trend penggunaan digital, susulan data sebelum ini menunjukkan golongan muda semakin cenderung mencari maklumat dalam bentuk video melalui aplikasi seperti TikTok berbanding carian teks tradisional, lapor Amanz.

Seperti fungsi carian Google Search yang kini dikuasakan model AI, Ask YouTube dibangunkan untuk membantu pengguna mencari kandungan video dengan lebih tepat dan pantas.

Ciri tersebut mampu memahami pertanyaan dalam bentuk bahasa perbualan serta memproses konteks ayat lebih panjang sebelum memaparkan hasil carian yang relevan.

Selain itu, pengguna boleh mengemukakan soalan susulan secara berterusan bagi memperhalusi lagi hasil carian mengikut keperluan masing-masing.

Pada peringkat awal, Ask YouTube ditawarkan secara terhad kepada pengguna YouTube Premium berusia 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat, sebelum diperluaskan ke pasaran lain secara berperingkat.

Must Watch Video

Advertisement