Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Mei 2026.

  1. Sultan Selangor seru umat Islam, orang Melayu terus bersatu, elak perpecahan

    Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam dan orang Melayu di negara ini agar terus bersatu padu serta mengelakkan perpecahan yang boleh melemahkan kekuatan bangsa dan menimbulkan keresahan rakyat.

  2. Konflik dengan ibu bapa bukan faktor langsung kematian Zara Qairina - Pakar psikiatri forensik

    Pakar psikiatri forensik berpendapat bahawa konflik antara anak dan ibu bapa bukanlah faktor langsung yang membawa kepada tindakan menamatkan riwayat sendiri seperti dirumuskan dalam laporan autopsi psikologi kematian Zara Qairina Mahathir.

  3. Pasukan perubatan haji akan beri perkhidmatan optimum sepanjang operasi Masyair

    Pasukan perubatan haji Malaysia akan memberikan perkhidmatan optimum sepanjang operasi Masyair, yang merupakan fasa paling mencabar dalam keseluruhan operasi haji.

  4. Titah Sultan Selangor penting ketika ada pihak cenderung tiup api perkauman - Amirudin

    Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hadir pada waktu yang amat penting ketika wujud kecenderungan segelintir pihak untuk meniup api perkauman, kata Datuk Seri Amirudin Shari.

  5. Bukit Aman siasat dalang fitnah, hina Yang di-Pertuan Agong di TikTok

    Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) membuka kertas siasatan berhubung kandungan yang memfitnah dan menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun TikTok palsu.

  6. Tony Pua beri keterangan hampir 40 minit berhubung hantaran Rukun Negara

    Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua memaklumkan beliau telah memberi keterangan kepada polis pada petang Khamis berhubung hantaran berkaitan Rukun Negara yang dimuat naik di Facebook miliknya.

  7. AGC bantah permohonan semakan kehakiman Badan Peguam berhubung keputusan NFA kes Zahid

    Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan mengklasifikasikan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dana Yayasan Akalbudi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

  8. Zeti yakin Malaysia dapat harungi ketidaktentuan global, elak krisis

    Gangguan ekonomi semasa yang dihadapi Malaysia berikutan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran perlu diurus dengan berkesan untuk mengekangnya daripada memuncak sehingga menjadi krisis, kata Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

  9. GSF 2.0: 29 delegasi Malaysia dibebaskan, dijangka tiba di KLIA Ahad ini - SNCC

    Seramai 29 delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 disahkan sudah dibebaskan daripada tahanan Israel, dan dijangka berlepas dari Turkiye pada Sabtu.

  10. Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah

    Dua lagi jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Mekah menjadikan jumlah keseluruhan kematian jemaah bagi musim haji 1447 Hijrah meningkat kepada tujuh orang.

Must Watch Video

Advertisement