Skip to main content

Teknologi

Qualcomm bincang ambil alih Modular Inc, sasar cip AI pusat data

Qualcomm Dalam Perbincangan Membeli Modular Inc Sebagai Cara Untuk Memasuki Pasaran Cip AI -- AMANZ
Langkah itu dilihat sebagai antara usaha besar Qualcomm untuk memperkukuh keupayaan perisian AI mereka, selain mengembangkan ekosistem kecerdasan buatan dalam sektor automotif.

SAN DIEGO: Gergasi semikonduktor Qualcomm dilaporkan sedang berbincang untuk mengambil alih syarikat pemula perisian infrastruktur kecerdasan buatan (AI), Modular Inc.

Menurut Amanz yang memetik laporan Bloomberg, langkah itu dilihat sebagai antara usaha besar Qualcomm untuk memperkukuh keupayaan perisian AI mereka, selain mengembangkan ekosistem kecerdasan buatan dalam sektor automotif.

Modular Inc yang ditubuhkan pada 2022 sebelum ini dianggarkan mempunyai nilai penilaian sekitar AS$1.6 bilion (kira-kira RM6.6 bilion).

Bagaimanapun, Qualcomm dijangka perlu membayar sehingga AS$4 bilion (kira-kira RM17.7 bilion) bagi memuktamadkan pengambilalihan tersebut.

Sebagai antara pengeluar cip terbesar dunia, Qualcomm kini menguasai pasaran cip bagi peranti pengguna dan perusahaan melalui telefon pintar serta komputer riba.

Namun, rundingan mengenai nilai dan terma pengambilalihan itu masih di peringkat awal dan dijangka berterusan dalam tempoh beberapa minggu.

Laporan itu turut menyebut urus niaga berkenaan mungkin tidak menjadi kenyataan sekiranya Modular Inc menolak tawaran yang dikemukakan.

 

Must Watch Video

Advertisement