Skip to main content

Teknologi

OnePlus, Realme beralih kepada ColorOS menerusi penyusunan semula perisian Oppo

https://amanz.my/2026573234
Selepas ini, peranti baharu Realme akan menggunakan ColorOS 17, manakala peranti OnePlus yang layak turut akan menerima peralihan kepada platform sama berasaskan Android 17. -Foto Amanz

SISTEM operasi OxygenOS untuk peranti OnePlus dan Realme UI untuk peranti Realme akan digantikan secara berperingkat dengan ColorOS menerusi strategi penyusunan semula perisian oleh Oppo.

Pengumuman itu dibuat susulan keputusan OnePlus menghentikan pelancaran produk baharu di Amerika Utara dan Eropah sebagai sebahagian daripada pelarasan strategi global syarikat, lapor Amanz.

Selepas ini, peranti baharu Realme akan menggunakan ColorOS 17, manakala peranti OnePlus yang layak turut akan menerima peralihan kepada platform sama berasaskan Android 17.

Langkah itu bertujuan menyelaraskan pembangunan perisian, mempercepat penghantaran kemas kini serta meningkatkan kualiti perisian.

Sebelum ini, peranti OnePlus di China sudah menggunakan ColorOS selepas sistem operasi HydrogenOS ditamatkan pada 2021.

Walaupun peralihan itu dijangka tidak membawa perubahan besar dari segi fungsi kerana ketiga-tiga platform berkongsi asas pembangunan yang hampir sama, keputusan tersebut berkemungkinan mengecewakan sebahagian peminat tegar OxygenOS yang menghargai identiti dan pengalaman penggunaan tersendirinya.

OnePlus turut menegaskan bahawa kemas kini perisian, tampung keselamatan, perkhidmatan waranti dan sokongan selepas jualan untuk pelanggan sedia ada akan diteruskan seperti yang dijanjikan.

 

Must Watch Video

Advertisement