Skip to main content

Teknologi

Netflix bakal perkenal kandungan pendek berdurasi dua minit, pelbagai penawaran penstriman

81745238105_Netflixlogo.jpg
Netflix dilapor memeterai perjanjian pelesenan kandungan dengan beberapa penerbit media digital antarabangsa termasuk BuzzFeed, Tastemade dan PMX yang menguruskan jenama media seperti The Verge serta Eater. -Foto fail

PLATFORM penstriman video Netflix dilapor bakal memperkenalkan pelbagai kandungan pendek berdurasi antara dua hingga 20 minit sebagai sebahagian daripada strategi memperluas penawaran kandungannya.

Bagi merealisasikan usaha itu, Netflix bakal memeterai perjanjian pelesenan kandungan dengan beberapa penerbit media digital antarabangsa termasuk BuzzFeed, Tastemade, dan PMX yang mengurus jenama media seperti The Verge serta Eater.

Penawaran baharu itu dijangka diperkenalkan secara berperingkat di beberapa pasaran terpilih pada peringkat awal sebelum diperluas ke negara lain.

Langkah tersebut mencerminkan usaha Netflix untuk mempelbagaikan jenis kandungan yang ditawarkan, sekali gus melangkaui fokus tradisionalnya terhadap filem dan siri televisyen.

Melalui format kandungan yang lebih ringkas dan mudah diakses, syarikat itu dilihat berusaha meningkatkan penglibatan pengguna dalam platformnya serta menawarkan lebih banyak pilihan tontonan harian.

 

Must Watch Video

Advertisement