Skip to main content

Teknologi

Honor perkenal logo baharu 'Honor Ring', lancar strategi jenama global

Sumber: AMANZ
Langkah itu sejajar dengan hala tuju syarikat untuk memperkukuh pembangunan ekosistem peranti berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta mengembangkan kedudukannya dalam segmen premium industri teknologi global.

SHENZHEN: Jenama teknologi global dari China, Honor, mengumumkan transformasi strategi penjenamaan globalnya menerusi pengenalan identiti korporat baharu yang dikenali sebagai Honor Ring.

Langkah itu sejajar dengan hala tuju syarikat untuk memperkukuh pembangunan ekosistem peranti berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta mengembangkan kedudukannya dalam segmen premium industri teknologi global, lapor Amanz.

Menurut Honor, identiti visual baharu itu menampilkan rekaan berbentuk cincin terbuka pada dua bahagian, menyerupai planet, yang melambangkan semangat untuk menembusi batasan konvensional dan meneroka inovasi masa depan.

Visi tersebut turut diterjemahkan menerusi penglibatan syarikat dalam pembangunan teknologi robotik dan AI, termasuk menerusi Honor Robot Phone yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat.

Bersama-sama identiti visual baharu itu, Honor turut memperkenalkan slogan global baharu,"Dare To Be", yang menggantikan slogan terdahulu,"Go Beyond", sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh identiti jenama di peringkat antarabangsa.

 

Must Watch Video

Advertisement