Skip to main content

Teknologi

Apple saman OpenAI, dakwa curi rahsia dagangan melalui bekas pekerja

Sumber: AMANZ
Apple menekankan mereka akan mengambil semua langkah yang sesuai dalam melindungi hasil kerja dan usaha pasukan termasuk inovasi yang dibangunkan. -Gambar Amanz

CUPERTINO: Apple memfailkan saman ke atas OpenAI selepas mendapati syarikat kecerdasan buatan itu mencuri rahsia dagangan mereka melalui bekas pekerja, lapor Amanz.

Apple berkata pasukan mereka sering membangunkan pelbagai teknologi dan inovasi baharu untuk produk serta perkhidmatan terbaik di dunia, sekali gus meletakkan perlindungan hasil kerja sebagai keutamaan tertinggi.

Syarikat gergasi teknologi itu mendapati bukti mencukupi bahawa individu yang diambil bekerja di OpenAI telah menyalahgunakan dan membawa keluar rahsia serta maklumat teknologi Apple yang belum dilancarkan.

Apple menekankan mereka akan mengambil semua langkah yang sesuai dalam melindungi hasil kerja dan usaha pasukan termasuk inovasi yang dibangunkan.

Antara salah laku yang didakwa dilakukan OpenAI termasuk meminta calon yang ditemu ramah untuk membawa maklumat serta dokumen teknikal dari Apple, selain memperdaya rakan kerjasama Apple untuk mengakses teknologi kemasan produk.

Apple berkata mereka telah menghubungi pihak OpenAI untuk meminta siasatan dalaman dilakukan, walau bagaimanapun pihak OpenAI tidak memberikan sebarang respons.

Saman ini tidak menjejaskan kerjasama sedia ada antara Apple dan OpenAI untuk integrasi ChatGPT pada produk Apple.

 

Must Watch Video

Advertisement