Skip to main content

Sukan

Slavko Vincic dari Slovenia pengadil final Piala Dunia 2026

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Round of 32 - Mexico v Ecuador - Estadio Azteca, Mexico City, Mexico - June 30, 2026 Referee Slavko Vincic during the match REUTERS
Slavko Vincic akan mengadili perlawanan akhir Piala Dunia pada Ahad antara Sepanyol dan Argentina. - Gambar fail/REUTERS/Raquel Cunha

LONDON: Slavko Vincic akan mengadili perlawanan akhir Piala Dunia pada Ahad antara Sepanyol dan Argentina, lapor PA Media/dpa.

FIFA mengumumkan pengadil Slovenia itu akan bertanggungjawab ke atas permainan akhir kejohanan itu, dengan Tomaz Klancnik dan Andraz Kovacic berkhidmat sebagai pembantunya.

Adham Makhadmeh dari Jordan juga telah dilantik sebagai pegawai keempat untuk aksi itu.

Final dijadualkan berlangsung di East Rutherford, New Jersey, pada Ahad, dengan Argentina menempah tempat selepas menewaskan England, manakala Sepanyol menundukkan Perancis dalam pertembungan separuh akhir mereka.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

 

Must Watch Video

Advertisement