LOS ANGELES: Skuad bola sepak kebangsaan Iran menyampaikan mesej penghormatan kepada mangsa tragedi Minab dari bilik persalinan Stadium SoFi selepas perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2026.
Perlawanan itu berlangsung dalam suasana hiba apabila penyokong membawa sepanduk bersaiz besar serta memakai jersi bertulis “Minab 168” bagi memperingati 168 mangsa yang terkorban dalam serangan ke atas sebuah sekolah di Minab pada Februari lalu.
Menerusi mesej yang dikongsikan di platform X, para pemain menzahirkan rasa bangga mewakili negara mereka selain menyeru kepada nilai kedamaian dan perpaduan.
“Kami bangga mewakili Iran dan dalam masa sama menyeru kepada kedamaian serta perpaduan,” menurut mesej pasukan itu yang dikongsikan semula Kedutaan Iran di Australia.
⚽️ پیام ویژه تیم ملی در رختکن به ایرانیان و مردم سراسر جهان
🔸 ملیپوشان با #١۶٨ بار دیگر در لس آنجلس یاد شهدای مظلوم میناب را زنده کردند و نوشتند:
از ایران باستانِ چند هزار ساله تا ایرانِ متمدنِ امروز، روح ایران زنده و استوار مانده است.
با افتخار به لسآنجلس آمدیم، با… pic.twitter.com/lHEVJVh2cO— Iran Embassy in Australia (@IraninAustralia) June 22, 2026
Pasukan itu turut merakamkan penghargaan kepada penyokong di seluruh dunia atas sokongan berterusan sepanjang kejohanan.
Iran memulakan kempen Kumpulan G dengan keputusan seri 2-2 menentang New Zealand pada 16 Jun sebelum terikat tanpa jaringan 0-0 dengan Belgium pada Ahad.
Mereka dijadual menentang Mesir dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 27 Jun ini.