Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Kali pertama dalam sejarah, 3 pasukan ini tiada di suku akhir

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Round of 32 - England v DR Congo - Atlanta Stadium, Atlanta, Georgia, U.S. - July 1, 2026 General view of England fans inside the stadium before the match IMAGN IMAGES via Reuters/Nathan Ray Seebeck/File Photo Purchase Licensing Rights
Keadaan penyokong England yang bersesak di dalam stadium sebelum perlawanan pusingan 32 antara England dan DR Congo di Stadium Atlanta, Atlanta, Georgia, AS, 1 Julai 2026. - Gambar hiasan/REUTERS

PIALA Dunia 2026 mencatat 'episod terbaru' apabila tiada tiga nama besar berjaya mara ke suku akhir, sekali gus mengukir sejarah yang tidak disangka sejak penganjuran kejohanan bola sepak tertinggi dunia itu.

Tahukah anda? Buat kali pertama, tiada pasukan Brazil, Jerman mahupun Itali dalam peringkat suku akhir edisi kali ini, dan ia mencipta persoalan besar tentang kejatuhan empayar bola sepak terbesar yang sangat merugikan.

Jika melihat edisi terdahulu, sekurang-kurangnya salah satu daripada negara tersebut akan layak, tetapi ia tidak berlaku pada 2026.

Secara kolektifnya, ketiga-tiga pasukan tersebut mengumpul 13 gelaran.

Juara lima kali, Brazil, sekali lagi gagal menepati jangkaan peminat tatkala tersungkur dalam pusingan 16 terbaik di tangan Norway. Prestasi skuad kendalian Carlo Ancelotti itu terus merudum sejak 2002.

Bagi Jerman pula, tamparan hebat apabila Paraguay menewaskan mereka dalam penentuan sepakan penalti. Untuk rekod, kali terakhir Jerman merangkul juara pada 2014 dan sejak itu, mereka bukan pilihan untuk ke final.

Faktor permainan, kekuatan atau format?

Nasib malang terus menimpa Itali apabila buat kali ketiga berturut-turut gagal beraksi dalam Piala Dunia sejak 2018. 


 

 

Must Watch Video

Advertisement