PERSATUAN Bolasepak Jerman (DFB) baru melalui fasa perbincangan peringkat pertama bersama Jurgen Klopp di New York, sambil beryakinan untuk memujuknya agar mengambil alih pasukan kebangsaan.
Wakil DFB berada di New York untuk berurusan dengan ketua bola sepak global Red Bull itu yang juga merupakan pemerhati sukan untuk Magenta TV Jerman sepanjang Piala Dunia 2026.
DFB mengesahkan pada awal ini bahawa bekas pengendali Liverpool itu merupakan pilihan utama bagi menggantikan Julian Nagelsmann yang meninggalkan pasukan selepas juara empat kali itu terkandas kepada Paraguay dalam pusingan 32.
"Presiden DFB, Bernd Neuendorf, dan Naib Presiden DFB, Hans-Joachim Watzke, mengadakan perbincangan awal dengan Klopp di New York semalam mengenai kemungkinan beliau mengambil alih sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan.
"Persefahaman mengenai terma-terma utama kontrak telah dicapai.
"Rundingan akan diteruskan minggu depan. Kedua-dua pihak yakin bahawa rundingan ini akan dimuktamadkan dengan jayanya — tertakluk kepada persetujuan dengan majikan semasa Klopp, Red Bull," menurut kenyataan itu.