KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kad debit CIMB Bank Berhad akan mengalami gangguan sementara pada Sabtu, 18 Julai 2026, berikutan pelaksanaan penyelenggaraan sistem berjadual.
CIMB Bank berkata gangguan itu akan bermula dari jam 12 tengah malam hingga 5 pagi, lapor Amanz.
Sepanjang tempoh berkenaan, semua pembelian menggunakan kad debit CIMB, sama ada di premis perniagaan atau secara dalam talian, akan terjejas sementara waktu.
Bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melakukan transaksi harian, pelanggan dinasihat merancang urusan pembayaran atau membuat pengeluaran tunai lebih awal jika perlu.
CIMB juga memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin dialami pelanggan sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut serta menghargai kesabaran mereka ketika kerja-kerja penambahbaikan sistem dilaksanakan.