CONGO meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 selepas bangkit menewaskan Uzbekistan 2-1 di Stadium Atlanta, Amerika Syarikat, sebentar tadi.
Uzbekistan, di ranking ke-60 dunia itu membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi Eldor Shomurodov seawal minit kesembilan untuk kekal mendahului pada minit ke-10.
Masuk babak kedua pula menyaksikan skuad kendalian Sebastien Desabre kembali mengatur serangan demi serangan ke kubu pertahanan Uzbekistan, namun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-68 menerusi sepakan penalti Yoane Wissa.
Selang 10 minit kemudian, Fiston Mayele yang bijak mencari ruang menampan bola masuk hasil rembatan rakan senegaranya sekali gus menewaskan Abduvohid Nematov buat kali kedua.
Malam gemilang Congo yang mara buat kali pertama ke pusingan 32 terbaik di Atlanta itu disudahi dengan gol tambahan hasil rembatan deras Wissa untuk melakar kemenangan 3-1.
Kemenangan itu meletakkan Congo di kedudukan ketiga dalam kempen Kumpulan K dengan empat mata, sementara Uzbeskitan tersingkir tanpa mengutip sebarang mata.
DR CONGO BOOKS A SPOT IN THE KNOCKOUT STAGE FOR THE FIRST TIME EVER 🇨🇩
"Les Léopards" beat Uzbekistan to record their first-ever win on soccer's biggest stage 🔥 pic.twitter.com/m99MaGHvXm— Yahoo Sports (@YahooSports) June 28, 2026