TANDUKAN emas Enzo Fernandez pada minit kecederaan memacu kemaraan Argentina ke pentas suku akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Mesir 3-2 di Stadium Atlanta, sebentar tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan Mesir mendahului Argentina 1-0 menerusi jaringan Yasser Ibrahim pada minit ke-15, meskipun Lionel Messi berpeluang menyamakan kedudukan, ketangkasan Mustofa Shobeir menafikan penalti itu untuk tamat babak pertama dengan Mesir mendahului 1-0.
Masuk babak kedua, Mostaza Ziko menambah derita Argentina, namun detik itu menjadi pemangkin kebangkitan buat anak buah Lionel Scaloni kembali memperkemaskan corak permainan untuk kembali mengikat kedudukan 2-2 menerusi jaringan Cristian Romero dan Lionel Messi.
Ketika perlawanan masuk ke minit kecederaan, tandukan Enzo Fernandez memastikan kemenangan buat Argentina meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir dengan kemenangan tipis mengatasi Mesir 3-2.
Untuk rekod, Messi ketika ini sedang mendahului perebutan kasut emas dengan lapan gol diikuti Erling Haaland dan Kylian Mbappe sebagai pencabar terdekat dengan tujuh gol.
ARGENTINA ISN'T FINISHED YET 🇦🇷
LEO MESSI AND THE DEFENDING WORLD CUP CHAMPS OVERCOME A 2-0 DEFICIT TO REACH THE QUARTERFINALS IN ONE OF THE GREATEST COMEBACKS EVER 👏 pic.twitter.com/xH5EsV6jRX— Yahoo Sports (@YahooSports) July 7, 2026