Skip to main content

Sukan

Maraton Maybank 2026 Indonesia tingkat langkah kelestarian ke arah neutral karbon

71718209127_MarathonGeneric.jpg
Maybank Indonesia telah merangka laluan jangka panjang inisiatif tahunan untuk mengurangkan jejak karbon secara progresif maraton berkenaan. - Gambar hiasan

JAKARTA: Maybank Indonesia akan memperluas langkah kelestarian pada Maraton Maybank tahun ini, termasuk pengangkutan lebih hijau, amalan ekonomi kitaran dan program komuniti, sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju jangka panjangnya untuk menganjurkan perlumbaan neutral karbon menjelang 2030.

Ketua Kelestarian Maybank Indonesia, Maria Trifanny Fransiska berkata, bank itu telah merangka laluan jangka panjang inisiatif tahunan untuk mengurangkan jejak karbon secara progresif maraton berkenaan, sambil mengimbangi pelepasan (karbon) yang tidak dapat dielakkan melalui penyelesaian berasaskan alam semula jadi seperti pemulihan bakau.

"Hutan bakau mempunyai fungsi menyerap karbon. Dengan menyerap karbon, ia membantu mengimbangi pelepasan yang kita hasilkan.

Matlamat kami adalah menjelang 2030, sisa pelepasan akan diseimbangkan menerusi usaha mengimbangi ini," katanya semasa program 'Sustainabili-Tea Session: Towards a Greener Footprint', di sini, pada Selasa.

Maraton Maybank 2026 akan diadakan di Pusat Latihan Bali United di Gianyar, Bali, dari 21 hingga 23 Ogos, menampilkan kategori perlumbaan maraton penuh sejauh 42.195 kilometer (km), separuh maraton (21.1 km) dan 10 km.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement