Skip to main content
Advertisement

Sukan

Kanada cipta sejarah raih mata pertama Piala Dunia

Canada's Cyle Larin (9) scores his sides first goal of the game in the second half of the World Cup Group B soccer match between Canada and Bosnia, Friday, June 12, 2026, in Toronto. (AP Photo/Sam Balkansky)
Cyle Larin (9) menjaringkan gol pertama pasukannya pada perlawanan Kumpulan B Piala Dunia antara Kanada dan Bosnia di Toronto, 12 Jun 2026. (Foto AP)

KANADA mencipta sejarah apabila meraih mata pertama dalam saingan Piala Dunia selepas seri 1-1 menentang Bosnia-Herzegovina pada aksi Kumpulan B di Stadium Toronto, awal pagi tadi.

Keputusan itu menamatkan penantian panjang skuad tuan rumah bersama berkenaan yang sebelum ini tewas dalam kesemua enam perlawanan ketika tampil pada edisi 1986 dan 2022.

Bosnia-Herzegovina terlebih dahulu mengejutkan penyokong tuan rumah apabila Jovo Lukic menanduk masuk gol pembukaan pada minit ke-21 menerusi situasi sepakan penjuru.

Walaupun menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang terbaik, Kanada berdepan kesukaran menembusi benteng pertahanan lawan yang tampil berdisiplin sepanjang perlawanan.

Usaha berterusan Kanada akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-78 apabila pemain gantian, Cyle Larin menyempurnakan peluang untuk mengikat kedudukan 1-1, sekali gus mencetuskan sorakan lebih 40,000 penyokong di stadium.

Kanada hampir mencipta kemenangan dramatik pada penghujung perlawanan, namun beberapa percubaan gagal menemui sasaran sekali gus memaksa kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Keputusan itu memberi suntikan moral buat anak buah Jesse Marsch menjelang baki saingan kumpulan, sambil mengekalkan peluang mereka untuk memburu kemaraan ke pusingan seterusnya. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement