Skip to main content

Malaysia

Sumareh kembali perkuat Harimau Malaya

SEPANG, 6 Sept -- Penyerang Skuad Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh bersama rakan sepasukan tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohamadou Sumareh kembali mendapat kepercayaan skuad kebangsaan selepas dimasukkan dalam senarai 26 pemain yang dipanggil ketua jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat menjelang kejohanan Piala ASEAN 2026 bulan ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh kembali mendapat kepercayaan skuad kebangsaan selepas dimasukkan dalam senarai 26 pemain yang dipanggil ketua jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat menjelang kejohanan Piala ASEAN 2026 bulan ini.

Selain Sumareh, Cheng Hoe turut mempertaruhkan beberapa pemain berpengalaman termasuk tiga lagi pemain naturalisasi, iaitu Paulo Josue, Sergio Aguero dan Endrick dos Santos dalam skuad yang dibentuk ketika beliau berdepan kekangan mendapatkan pelepasan pemain daripada kelab.

Barisan kali ini turut menyaksikan beberapa pemain muda dan wajah baharu diberikan peluang, antaranya Pavithran Gunalan, Faris Danish Asrul, Haziq Aiman Esa, Ziad El Basheer Norisham serta Ubaidullah Shamsul Fazili.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, barisan pemain kali ini dipilih selepas penilaian dan penelitian panjang dibuat Cheng Hoe.

“Beliau (Cheng Hoe) menghadapi satu situasi sukar dalam menyediakan pasukan bagi menghadapi Piala ASEAN 2026.

“Ini kerana, seperti yang semua sedia maklum, kejohanan ini berlangsung di luar Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA dan juga ketika kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super 2026-2027 baru saja memulakan latihan pramusim masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Kesemua pemain akan melapor diri bagi kem latihan pusat bermula Rabu ini dengan hanya lapan hari tersedia untuk Cheng Hoe membentuk keserasian pasukan sebelum berlepas ke Yangon, Myanmar pada 23 Julai.

Harimau Malaya akan membuka kempen Kumpulan B menentang Myanmar di Stadium Thuwunna pada 25 Julai, sebelum berdepan Laos di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras (28 Julai), Thailand di Stadium Rajamangala Bangkok (1 Ogos) dan Filipina di Cheras pada 8 Ogos.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir secara timbal balik pada pertengahan Ogos manakala final dijadualkan berlangsung pada 22 dan 26 Ogos.

Berikut senarai 26 pemain dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya menjelang saingan Piala ASEAN 2026:

 

 NamaUmurKelab
1Mohamadou Sumareh32Johor Darul Ta’zim 
2Ibrahim Manusi25Johor Darul Ta’zim
3Daryl Sham George24Johor Darul Ta’zim II
4Pavithran Gunalan21Johor Darul Ta’zim II
5Ziad El Basheer Norisham23Johor Darul Ta’zim II
6Alif Ahmad23Johor Darul Ta’zim II
7Faris Danish Asrul20Johor Darul Ta’zim II
8Haziq Aiman Esa21Johor Darul Ta’zim II
9Paulo Josue37Kuala Lumpur City FC
10Zhafri Yahya32Kuala Lumpur City FC
11Fazrul Amir Zaman26Kuala Lumpur City FC
12Jimmy Raymond30Kuching City FC
13Rodney Celvin Akwensivie30Kuching City FC
14Rahadiazli Rahalim25Terengganu FC
15Ubaidullah Shamsul Fazili23Terengganu FC
16Azri Ghani27Negeri Sembilan FC
17Ruventhiran Vengadesan25Melaka FC
18Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau26Penang FC
19Dominic Tan29Sabah FC
20Endrick dos Santos31Belum diumumkan
21Engku Shakir Engku Yacob28Belum diumumkan
22Syafiq Ahmad31Belum diumumkan
23Sergio Aguero32Belum diumumkan
24Hadi Fayyadh Abdul Razak26Vencedor Mie United
25Richard Chin24Ross County FC
26Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal28Sporting JAX

 

Senarai bersedia:

 NamaUmurKelab
1Samuel Somerville32DPMM FC
2Tommy Mawat Bada30DPMM FC
3Akhyar Rashid27Terengganu FC
4Danial Amier Norhisham29Terengganu FC
5Adam Nor Azlin30Kuala Lumpur City FC
6Ahmad Aysar Hadi Shapri23Johor Darul Ta’zim II
7Haqimi Azim Rosli23Belum diumumkan
8Fayadh Zulkifli Amin28Belum diumumkan
9Fadzrul Danel Nizam28Belum diumumkan

 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement