JORDAN Henderson mengalami kecederaan pergelangan tangan ketika sambutan kemenangan England ke atas Mexico di pusingan 16 Piala Dunia di Stadium Azteca.
Bekas kapten Liverpool itu yang tidak beraksi dalam perlawanan berkenaan dilaporkan terjatuh selepas melanggar papan iklan ketika meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan sejurus wisel penamat.
Beliau kemudian menerima rawatan awal di tepi padang sebelum diberikan bantuan oksigen dan dibawa ke hospital menggunakan pengusung untuk pemeriksaan lanjut.
Jude Bellingham berkata, keadaan rakan sepasukannya itu berada dalam pemantauan pasukan perubatan.
Pengendali England, Thomas Tuchel turut mengesahkan insiden tersebut.
“Jordan mengalami kecederaan pergelangan tangan. Dia kini berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Henderson sebelum itu hanya sempat membuat penampilan sebagai pemain gantian ketika menentang Panama dalam aksi peringkat kumpulan. - Sinar Harian