Skip to main content

Dunia

Piala Dunia 2026: Negara terkecil ikat pasukan ke-30, penjaga gol cipta sejarah

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group E - Ecuador v Curacao - Kansas City Stadium, Kansas City, Missouri, U.S. - June 20, 2026 Curacao's Eloy Room in action as he makes a save from Ecuador's Gonzalo Plata REUTERS/Kai Pfaffenbach TPX IMAGES OF THE DAY
Ecuador sekadar seri 0-0 berdepan Curacao dalam perlawanan kedua Kumpulan E Piala Dunia 2026 di Stadium Kansas City, sebentar tadi. - Gambar/ Reuters

ECUADOR gagal memanfaatkan 26 peluang apabila sekadar seri 0-0 berdepan Curacao dalam perlawanan kedua Kumpulan E Piala Dunia 2026 di Stadium Kansas City, sebentar tadi.

Pasukan ranking ke-30 dunia menyerang habis-habisan, namun tidak menemui jaringan susulan kecemerlangan penjaga gol Curacao, Eloy Room, yang mencuri tumpuan peminat selepas menampilkan persembahan memukau.

Dengan keputusan tersebut, ia menjadi sejarah baharu buat negara bola sepak terkecil dunia itu untuk meraih mata pertama dalam kejohanan paling berprestij berkenaan.

Eloy Room mencipta sensasi tersendiri tatkala melakukan 15 penyelamatan penting bagi menghindari sebarang gol dibolosi.

Kini, dia merupakan penjaga gol kedua dalam sejarah penganjuran Piala Dunia membuat penyelamatan terbanyak dalam satu aksi.

Tim Howard dari Amerika Syarikat (AS) membuat 16 penyelamatan pada 2014 menentang Belgium untuk menghuni tempat pertama.  - Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement