Skip to main content

Dunia

Piala Dunia 2026: Aksi cemerlang penjaga gol tertua Cape Verde punca Sepanyol buntu

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group H - Spain v Cape Verde - Atlanta Stadium, Atlanta, Georgia, U.S. - June 15, 2026 Cape Verde's Vozinha makes a save from Spain's Mikel Oyarzabal REUTERS/Bernadett Szabo
Aksi hebat Vozinha mendapat perhatian peminat bola sepak seluruh dunia sehingga namanya menjadi tular di media sosial dalam tempoh beberapa jam selepas perlawanan. - Gambar/ Reuters

PENJAGA gol veteran Cape Verde, Josimar Jose Evora Dias, atau dikenali Vozinha tidak dapat menahan sebak selepas menjadi wira negaranya dalam keputusan seri 0-0 menentang skuad Sepanyol kendalian Luis de la Fuente itu yang dianggap antara kejutan terbesar Piala Dunia 2026 setakat ini.

Lebih manis, aksi hebatnya turut mendapat perhatian peminat bola sepak seluruh dunia sehingga namanya menjadi tular di media sosial dalam tempoh beberapa jam selepas perlawanan.  

Berdasarkan statistik permainan, juara edisi 2010 itu mencatatkan penguasaan 75 peratus (%), namun gagal mencipta jaringan hasil kecemerlangan Vozinha menafikan setiap peluang.

Sebagai pasukan pertama kali beraksi dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu, Cape Verde kini menjadi bualan dunia.

Dan, lebih membanggakan ini adalah jumlah kekasaran paling sedikit yang pernah direkodkan oleh sesebuah pasukan dalam perlawanan Piala Dunia.

Vozinha merupakan pemain yang berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam penampilan sulungnya - melakukan tujuh penyelamatan penting menentang Sepanyol pada usia 40 tahun, antara yang tertua untuk posisi itu selain bintang Jerman, Manuel Neuer.

Vozinha kekal menjadi tembok kebal pasukannya selain beberapa tangkapan kemas ketika Sepanyol menggandakan tekanan, termasuk selepas kemasukan bintang muda, Lamine Yamal, pada babak kedua.  

Selepas ini, Cape Verde akan bertemu Uruguay dan Arab Saudi bagi aksi seterusnya Kumpulan H. - Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement