Skip to main content

Dunia

FIFA raih hasil Piala Dunia jauh lebih tinggi daripada jangkaan - Laporan

61769554591_FIFAWorldCup.jpg
Peningkatan ketara hasil itu didorong terutamanya oleh pendapatan daripada sektor hospitaliti dan jualan tiket. - Gambar fail

NEW YORK: FIFA dilaporkan menjangkakan memperoleh hasil tertinggi dalam sejarah sebanyak AS$15 bilion daripada Piala Dunia FIFA yang melabuhkan tirainya pada Ahad, jauh melebihi jangkaan asal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik akhbar The Guardian.

The Guardian melaporkan bahawa badan induk bola sepak dunia itu pada asalnya menjangkakan hasil sebanyak AS$11 bilion daripada kejohanan yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.

Presiden FIFA Gianni Infantino dilaporkan memaklumkan keputusan itu kepada persatuan bola sepak yang menjadi anggota FIFA pada Sabtu.

Menurut The Guardian, peningkatan ketara hasil itu didorong terutamanya oleh pendapatan daripada sektor hospitaliti dan jualan tiket. FIFA tidak mengawal selia harga di pasaran rasmi jualan semula tiket serta mengutip yuran sebanyak 15 peratus bagi setiap tiket daripada kedua-dua penjual dan pembeli.

Sebagai perbandingan, ketika Piala Dunia 2022 berlangsung di Qatar, FIFA memperoleh hasil sebanyak AS$5.769 bilion. Kejohanan itu disertai 32 pasukan dan membabitkan 64 perlawanan, berbanding 48 pasukan serta 104 perlawanan pada edisi kali ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement