Skip to main content

Dunia

Presiden Senegal dipilih Pengerusi ECOWAS

Senegal President Bassirou Diomaye Faye attends the Africa Forward Summit at the Kenyatta International Convention Centre in Nairobi, Kenya, Tuesday, May 12, 2026. (AP Photo/Brian Inganga)
Faye mengambil alih jawatan berkenaan daripada Presiden Sierra Leone Julius Maada Bio, yang sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi ECOWAS. - Foto fail/AP

ISTANBUL: Presiden Senegal Bassirou Diomaye Faye dipilih sebagai Pengerusi baharu Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS) pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Para pemimpin ECOWAS sebulat suara memilih Faye sebagai Pengerusi baharu pada sidang kemuncak ke-69 Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan yang diadakan di Freetown, ibu negara Sierra Leone.

Faye mengambil alih jawatan berkenaan daripada Presiden Sierra Leone Julius Maada Bio, yang sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi ECOWAS.

Beliau dijangka menerajui usaha memperkukuh integrasi serantau, meningkatkan keamanan dan keselamatan serta menggalakkan kerjasama ekonomi yang lebih erat di seluruh Afrika Barat.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement