Skip to main content
Advertisement

Politik

[TIDAK RASMI] PRN Johor: Maszlee Malik mendahului di DUN Puteri Wangsa

SIMPANG RENGGAM, 11 Julai -- Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa Dr Maszlee Malik mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tuan Poon, Simpang Renggam pagi ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dalam saingan lima penjuru itu, Maszlee memperoleh 30,228 undi, diikuti calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling dengan 26,654 undi - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik, mendahului persaingan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat ini.

Dalam saingan lima penjuru itu, Maszlee memperoleh 30,228 undi, diikuti calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling dengan 26,654 undi

Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Rashifa Aljunied, pula meraih 4,219 undi, diikuti calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Nicholas Paul Vincent (1,774 undi) dan calon Bebas, Wang Wee Siong (183 undi).

Kerusi DUN Puteri Wangsa mempunyai 128,723 pengundi berdaftar dengan sebanyak 63,058 undi direkodkan setakat keputusan tidak rasmi itu.

Pada PRN Johor ke-15, kerusi DUN Puteri Wangsa disandang oleh Amira Aisya Abd Aziz daripada Muda.

Sementara itu, calon BN, Datuk Seri Dr Adham Baba berada jauh di hadapan meninggalkan dua lagi saingannya selepas memperolehi 12,842 undi berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Yuhanita Yunan meraih 3,250 undi, manakala calon PH, Fakharuddin Moslim memperoleh 1,435 undi setakat 8.42 malam ini.

 

 

Must Watch Video

Advertisement