Skip to main content

Politik

PRN Johor: ‘Kurang modal ke?’ - Zahid tegur isu Najib dibangkitkan semula

JOHOR BAHRU, 3 Julai — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas Majlis Libat Urus Kepimpinan Bersama Ibu Bapa Tabika Kemas Bangsa Johor, di Flat Perumahan Larkin Court 1 hari ini.Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon N44 Larkin Mohd Hairi Mad Shah._BERNAMA
Ahmad Zahid berkata, isu berkenaan sudah menjadi bahan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dan tidak wajar terus diulang dalam kempen PRN Johor. - Gambar fail/Bernama

KLUANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur tindakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan yang didakwa beliau membangkitkan semula isu berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Beliau berkata, isu berkenaan sudah menjadi bahan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dan tidak wajar terus diulang dalam kempen PRN Johor.

“Saya ingat kawan-kawan kita ini kurang modal ke apa? Sudah cukup sudah benda itu, cukuplah.

“Itu isu PRU ke-15 dulu. Dah selesai dah. Ini Johor lah, tumpu pada Johor,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang didakwa menggunakan wajah serta imej Datin Seri Rosmah Mansor dalam bahan kempen PRN Johor.

Pada Rabu, Rosmah mengecam tindakan Nga yang didakwa menyebarkan propaganda dan menggunakan wajah serta imejnya dalam kempen pilihan raya negeri itu.

Isteri kepada bekas perdana menteri itu berkata, kenyataan yang dipaparkan dalam bahan kempen berkenaan disifatkan sebagai satu pembohongan bagi mengelirukan pengundi.

Rosmah dipercayai merujuk kepada satu bahan kempen yang memaparkan wajahnya bersama mesej ditujukan kepada pengundi luar sempena PRN Johor.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut menyambut baik kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sedia membantu BN membentuk kerajaan negeri sekiranya gabungan itu gagal memperoleh majoriti mudah pada PRN Johor.

“Baguslah, baguslah. Insya-Allah,” katanya ringkas ketika diminta mengulas perkara itu.

Pada Rabu, Abdul Hadi berkata Pas bersedia memberikan sokongan kepada BN bagi memperkukuh pentadbiran negeri, selain mengekalkan kepimpinan politik Melayu-Islam di Johor.

Katanya, sekiranya Pas memenangi kerusi pada PRN Johor, UMNO boleh memegang jawatan Menteri Besar, manakala pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terserah kepada parti itu untuk ditentukan.

Must Watch Video

Advertisement