Skip to main content

Malaysia

Wanita ditemui melecur 70 peratus dalam bilik pencawang

Sumber: Sinar Harian
Lokasi kejadian wanita dilaporkan melecur. - Foto Sinar Harian

SUNGAI PETANI: Seorang wanita dikesan melecur kira-kira 70 peratus disyaki terkena renjatan elektrik di bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) Taman Ria Jaya di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk menerima rawatan.

"Keadaannya kini dilaporkan kritikal dan ditidurkan akibat mengalami kecederaan melecur kira-kira 70 peratus pada badan," katanya.

Bagaimanapun, Hanyan berkata, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti setakat ini. 

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut juga akan dijalankan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan kes berlakunya kecurian kabel di lokasi kejadian. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement