Skip to main content

Malaysia

thechedet.com dilancar semula sempena ulang tahun kelahiran ke-101 Tun Mahathir hari ini

#Mahathir101 10 July
Hari ini merupakan hari kelahiran ke-101 Tun Dr Mahathir Mohamad. Hari ini juga, blog bekas Perdana Menteri, thechedet.com dilancarkan semula bagi membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan terkini serta membaca pandangan beliau mengenai pelbagai isu semasa.

KUALA LUMPUR: Blog rasmi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, thechedet.com, dilancarkan semula sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-101 hari ini bagi membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan terkini serta membaca pandangan beliau mengenai pelbagai isu semasa.

Perkara itu dimaklumkan pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusoff, menerusi makluman di saluran media rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp, yang turut menggalakkan orang ramai melayari blog berkenaan.

"Kami telah melancarkan semula thechedet.com. Jika anda berkesempatan, sila kunjungi laman blog itu," katanya.

Image
Birthday Che Det.

Beliau turut mengajak orang ramai untuk menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran Dr Mahathir menerusi platform tersebut.

Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, pula bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada esok, 12 Julai.

Pasangan yang telah melayari bahtera perkahwinan selama lebih tujuh dekad itu dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Dr Mahathir mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri keempat Malaysia apabila memegang jawatan itu pada 16 Julai 1981 dan menjadi pemimpin kerajaan paling lama berkhidmat dengan tempoh pentadbiran selama 22 tahun.

Walaupun telah bersara daripada politik arus perdana, negarawan itu masih aktif berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa menerusi penulisan, ucapan dan pelbagai program wacana awam.

Must Watch Video

Advertisement