KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa, beliau tidak tahu bahawa mana-mana syarikat dalam program Jana Wibawa telah membuat sumbangan politik kepada Bersatu.
Beliau yang juga saksi pendakwaan ke-11 berkata demikian dalam perbicaraan empat kes salah guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM200 juta dihadapi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berusia 53 tahun itu berkata, Muhyiddin yang ketika itu merupakan Perdana Menteri, tidak pernah memaklumkan mana-mana syarikat yang dicadangkan untuk projek Jana Wibawa telah menyumbangkan dana.
“Saya juga tidak tahu sama ada syarikat-syarikat ini telah membuat sumbangan kepada mana-mana parti politik," katanya dalam kenyataan saksinya.
“Saya tidak menerima sebarang faedah kewangan peribadi mahupun sumbangan daripada syarikat yang terlibat dalam program Jana Wibawa,” katanya. - Sinar Harian
[BERITA LANJUT MENYUSUL]