Skip to main content

Malaysia

Suspek pelajar sekolah guna pisau untuk tikam, mangsa stabil di Hospital Banting - Polis

PDRM logo_filepic
Seorang pelajar perempuan cedera dalam insiden tikam di sebuah sekolah sekitar Kuala Langat, pada pagi Isnin.

KUALA LUMPUR: Sebilah pisau menjadi senjata yang digunakan seorang pelajar perempuan untuk menikam mangsa dalam kejadian di sebuah sekolah sekitar Kuala Langat, pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 9.50 pagi memaklumkan terdapat seorang pelajar perempuan cedera di dalam kawasan sekolah sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.  

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang pelajar perempuan.

"Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Banting dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala suspek telah ditahan bagi membantu siasatan," jelasnya menerusi satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.  

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, selain meminta individu yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Must Watch Video

Advertisement