Skip to main content

Malaysia

Sarawak: Tiada pertambahan kes positif COVID-19 terbaharu hari ini

61597121871_TBFaceMask.jpg
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan tiada pertambahan kes positif COVID-19 terbaharu di negeri itu.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di sana kekal dengan 696 kes setakat ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, tiada pertambahan kes pulih dan discaj dilaporkan menjadikan jumlah itu kekal dengan 662 kes atau 95.11 peratus.

โ€œ15 kes masih menerima rawatan dalam wad isolasi melibatkan sembilan kes di Hospital Bintulu, empat di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala satu kes masing-masing dirawat di Hospital Sibu dan Hospital Miri,โ€ ujar kenyataan itu.

Antara lain, kluster Alam kini kekal sebagai satu-satunya kluster COVID-19 yang masih aktif di negeri itu melibatkan tujuh kes positif COVID-19 setakat ini.

Manakala 13 kes Person Under Investigation (PUI) baharu turut dilaporkan dan satu kes masih menunggu keputusan ujian makmal.

Must Watch Video