Skip to main content

Malaysia

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 6 petang ini

81673342498_Percikanhujanlebat.jpg
Cuaca sama dijangka melanda Negeri Sembilan melibatkan Jempol dan Tampin serta Johor di Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak hingga 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas ialah Kedah melibatkan Langkawi dan Perak (Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kemaman).

Di Pahang pula, kawasan terlibat adalah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Selangor melibatkan (Hulu Selangor dan Gombak)

Selain itu, cuaca sama dijangka melanda Negeri Sembilan melibatkan Jempol dan Tampin serta Johor di Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Sarawak turut berada di bawah amaran berkenaan iaitu di kawasan Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis) dan Limbang.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement