Skip to main content

Malaysia

Reman gelandangan warga asing rosakkan kereta polis dilanjut 14 hari

KUALA LUMPUR - Reman seorang gelandangan yang membaling bata hingga merosakkan kereta polis di hadapan sebuah hotel di Jalan Hang Lekiu di sini dilanjutkan pada Sabtu.  Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, lelaki warga asing itu dilanjut reman 14 hari untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Seorang gelandangan warga asing ditahan selepas merosakkan kereta polis di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur Rabu lalu. Foto: Tular

KUALA LUMPUR: Reman seorang gelandangan yang membaling bata hingga merosakkan kereta polis di hadapan sebuah hotel di Jalan Hang Lekiu di sini dilanjutkan pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, lelaki warga asing itu dilanjut reman 14 hari untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Hari ini (Sabtu) suspek dilanjutkan reman sehingga 10 Julai," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Dalam kejadian pada jam 11.57 malam, Rabu lalu, suspek merupakan gelandangan warga asing dan disyaki mengalami masalah kesihatan telah ditahan dengan bantuan orang awam di lokasi kejadian.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah membaling bata ke kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suspek kemudian telah direman tiga hari sehingga Sabtu untuk siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. - Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement