Skip to main content

Malaysia

Polis siasat dakwaan pengabaian di tadika Langkawi

https://www.sinarharian.com.my/article/788171/berita/semasa/kanak-kanak-dikunci-dalam-tandas-tidur-atas-lantai-polis-siasat-dakwaan-bekas-guru-pusat-jagaan
Polis mengesahkan menerima laporan pada Rabu lalu daripada seorang wanita yang telah diberhentikan kerja di tadika terbabit. - Gambar/ Sinar Harian

LANGKAWI: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh seorang bekas guru sebuah tadika di daerah ini yang mendakwa berlaku pengendalian tidak wajar terhadap kanak-kanak di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan polis pada Rabu lalu daripada seorang wanita yang telah diberhentikan kerja di tadika terbabit.

Beliau berkata antara dakwaan yang dikemukakan dalam laporan itu ialah terdapat kanak-kanak dibiarkan tidur di atas lantai tanpa tilam selain ada beberapa kanak-kanak dikatakan pernah dikunci di dalam tandas.

“Setakat ini, hasil siasatan mendapati tiada laporan daripada ibu bapa yang mendapati anak-anak mereka mengalami kecederaan atau perkara lain yang berkaitan dengan dakwaan tersebut.

“Siasatan kini tertumpu kepada mengesahkan kesahihan laporan polis itu, termasuk melalui semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta keterangan saksi-saksi yang ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat sebelum sebarang tindakan lanjut diambil dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran yang mendakwa berlaku pengabaian dan layanan tidak wajar terhadap kanak-kanak di sebuah tadika di Langkawi.

— BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement