Skip to main content

Malaysia

Malaysia, Vietnam perkukuh kerjasama pelancongan, fokus pelancongan perubatan dan halal

While attending the 13th Tourism Ministers' Meeting (TMM13) in Macao, I had the opportunity to meet with 🇻🇳Vietnam’s Minister of Culture, Sports and Tourism, H.E. Lam Thi Phuong Thanh, to exchange views on strengthening tourism cooperation between our two countries.
Tiong King Sing dan Lam Thi Phuong Thanh mengadakan pertemuan di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan Ke-13 yang berlangsung di Macao, China, pada Ahad. - Gambar Facebook Tiong King Sing

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Vietnam akan memperkukuh kerjasama dalam sektor pelancongan dan kebudayaan, termasuk usaha membangunkan pelancongan perubatan serta pelancongan halal, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam, Lam Thi Phuong Thanh di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan Ke-13 yang berlangsung di Macao, China.

Menurut Tiong, Thanh memaklumkan bahawa Malaysia dan Vietnam mempunyai banyak kekuatan bersama dalam bidang pelancongan, kebudayaan dan seni.

“Beliau turut menyatakan minat terhadap pembangunan pelancongan perubatan dan pelancongan halal di Malaysia, selain berharap dapat memperluaskan pertukaran serta mempererat kerjasama antara kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Ahad.

Mengulangi komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan erat yang telah lama terjalin dengan Vietnam, Tiong berkata, sektor pelancongan kekal menjadi jambatan penting yang menghubungkan rakyat kedua-dua negara.

Katanya, terdapat potensi besar untuk diperkasakan melalui kerjasama lebih erat dalam promosi, pertukaran budaya, acara perniagaan serta perkongsian industri.

“Walaupun pertukaran pelawat antara kedua-dua negara terus menunjukkan peningkatan, masih terdapat potensi besar yang boleh diteroka menerusi promosi bersama yang lebih kukuh, kerjasama industri yang lebih rapat serta pembangunan produk pelancongan yang lebih menarik.

“Malaysia menghargai Vietnam sebagai rakan penting dalam ASEAN. Saya berharap momentum positif ini dapat diteruskan bagi mewujudkan peluang baharu untuk industri pelancongan kedua-dua negara, mengukuhkan hubungan antara rakyat serta memberikan manfaat bersama,” katanya.

Tiong berkata, Thanh turut menjemput Malaysia untuk menyertai beberapa acara utama di Vietnam tahun ini dan tahun depan, termasuk program berkaitan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Vietnam International Travel Mart (VITM) di Hanoi, dialog peringkat tinggi mengenai budaya dan industri kreatif serta festival budaya antarabangsa.

— BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement