Skip to main content

Malaysia

Malaysia, AS capai persefahaman urus isu bantahan Ahli Kongres

REMBAU, 23 Julai -- Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sidang media pada Program 'Santai Bersama Tok Mat Hasan' di Kampung Pedas Tengah hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohamad semasa sidang media sempena program Sembang Santai Bersama Tok Mat Hasan, pada Khamis. - Gambar Bernama

REMBAU: Jabatan Negara Amerika Syarikat menghormati pendirian teguh Malaysia yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau memaklumkan, kedua-dua negara kini mencapai persefahaman menguruskan isu kenyataan lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat yang menyuarakan ketidakpuasan hati berikutan tindakan tegas kerajaan untuk mengusir keluar mana-mana warga Israel dengan kadar segera.

“Duta (Duta Besar Malaysia di Washington Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob) kita sudah terangkan dengan Department of State, Wisma Putra juga sedang berhubung atau telah berhubung dengan Kedutaan Amerika di sini.

“Chargé d'Affaires mereka di AS, di Kuala Lumpur berhubung dan bersama-sama bersetuju untuk kita urus perkara ini dengan sebaik mungkin, mereka menghormati. Department of State mengatakan mereka menghormati dasar Malaysia,” katanya dalam sidang media sempena program Sembang Santai Bersama Tok Mat Hasan di sini, pada Khamis.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia tetap berpendirian tegas menyekat kemasukan warganegara Israel ke negara ini meskipun lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) menyuarakan rasa tidak berpuas hati atas keputusan itu.

Mereka adalah Greg Landsman, Josh Gottheimer, Jimmy Panetta, Dan Goldman, Debbie Wasserman Schultz, Jared Moskowitz, Brad Sherman dan Jake Auchincloss daripada parti Demokrat.

Anwar dalam pada itu berkata, pendirian tersebut berasaskan prinsip mempertahankan hak rakyat dan menentang kezaliman, pencerobohan serta pembunuhan berterusan yang berlaku terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Must Watch Video

Advertisement