Skip to main content

Malaysia

Kenderaan RV sah di sisi undang-undang, lebih 1,450 RV berdaftar sehingga kini - MOT

BESUT, 7 Mac -- Sebahagian daripada 76 buah motorhome dan campervan yang mengambil bahagian dalam program Camper Rally Terengganu 2022 di Bukit Bubus selama dua hari berakhir pagi tadi.  Program tersebut merupakan himpunan terbesar dalam sejarah negara yang membabitkan kenderaan rekreasi (RV) dari seluruh negara.  Keseluruhan program itu berlangsung selama selama empat hari di Terengganu bermula di Muara Lagon Kuala Ibai, Marang pada Jumaat lepas sebelum bermalam di Drawbridge Kuala Terengganu kemudian berg
Kerajaan menggalakkan industri RV sebagai segmen khusus yang berpotensi tinggi untuk menyumbang kepada nilai ekonomi rantaian automotif dan sektor pelancongan domestik. - Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dianggarkan lebih 1,450 kenderaan rekreasi (RV) didaftarkan dalam negara untuk kegunaan persendirian sehingga kini, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT).

MOT menjelaskan kenderaan RV termasuk motorhome, karavan serta campervan atau van perkhemahan merupakan kenderaan yang sah di sisi undang-undang dan boleh didaftarkan selain dilesenkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kerajaan menggalakkan industri RV sebagai segmen khusus yang berpotensi tinggi untuk menyumbang kepada nilai ekonomi rantaian automotif dan sektor pelancongan domestik.

“Industri ini semakin berkembang dengan penglibatan pengusaha tempatan dalam sektor pembuatan RV serta kemasukan pelabur asing yang membangunkan kilang pembuatannya di Malaysia,” jelas kementerian itu menerusi jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman sesawang Parlimen pada Selasa.

MOT memaklumkan demikian bagi menjawab soalan Kalam Salan (PN- Sabak Bernam) iaitu sama ada kerajaan mengiktiraf RV sebagai kenderaan yang sah di jalan raya serta mengapa kemudahan pinjaman sewa beli tidak diperluas kepada RV untuk merancakkan industri pelancongan negara.

RV merupakan kenderaan bermotor termasuk semi-treler dan treler yang direka khas untuk menyediakan  pengangkutan dan penginapan sementara.

Kenderaan ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas penginapan seperti ruang tidur, dapur mini, ruang makan dan bilik air bagi tujuan keselesaan kepada pengguna.

Mengenai kemudahan pinjaman sewa beli, MOT menyatakan pembiayaan kenderaan di Malaysia masih tertakluk kepada penilaian komersial oleh institusi perbankan di bawah Akta Sewa Beli 1967 (yang kini dipinda melalui Akta Sewa Beli (Pindaan) 2025).

“Institusi perbankan dan syarikat kewangan mempunyai autonomi dalam menentukan penilaian risiko dan kelulusan pinjaman berdasarkan nilai pasaran kenderaan,” jelasnya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement